Notis Perlindungan Data Peribadi

Notis Perlindungan Data Peribadi ini (“Notis”) menerangkan bagaimana Seow & Associates, satu firma guaman dengan alamat perniagaannya di Suite B-11-6, Level 11, Wisma Pantai, Plaza Pantai, No. 5 Jalan 4/83A, Off Jalan Pantai Baru, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia termasuk pihak-pihak berkaitan,syarikat berkaitan, syarikat bersekutu, pengganti, penerima serah hak, dan pemegang lesen (“SA”) adalah komited dalam menggunakan dan melindungi privasi Data Peribadi anda dengan mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”). Notis ini dirumuskan dengan tujuan untuk menjelaskan kepada anda amalan SA dalam Pemprosesan Data Peribadi dan hendaklah dibaca bersama-sama dengan dasar privasi dan syarat-syarat yang berlainan yang telah ditetapkan oleh SA dari semasa ke semasa, dan perjanjian-perjanjian berlainan yang anda mungkin ada dengan SA (jika ada).

Jika berlaku sebarang percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan versi bahasa lain, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai. SA berhak untuk mengubahsuai, mengemaskini atau meminda terma-terma Notis ini pada bila-bila masa dengan meletakkan Notis yang dikemaskinikan di laman web SA. Dengan berterusan berkomunikasi dengan SA atau dengan berterusan mengguna khidmat SA atau menggunakan perkhidmatan SA atau dengan pemberian berterusan Data Peribadi (sama ada secara bersendirian, melalui e-mel, perbualan telefon, faksimili , surat, atau selainnya) berikutan pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan kepada Notis ini, anda dianggap telah menerima pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan tersebut.

Bagi tujuan Notis Ini:

“Data Peribadi” bermaksud semua maklumat dan penyataan pendapat yang secara langsung atau tidak langsung, berkaitan dengan seseorang individu, yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti daripada maklumat atau penyataan pendapat itu, termasuk tetapi tanpa had, maklumat dan penyataan pendapat berkenaan dengan kesihatan fizikal atau mental, asal-usul bangsa atau etnik, kepercayaan agamanya atau kepercayaan serupa, dan/atau mengenai prosiding jenayah atau sivil. Contoh Data Peribadi yang akan diproses oleh SA termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, alamat, nombor telepon, nombor NRIC/Paspot, alamat e-mel, butir-butir pekerjaan, pilihan persendirian, alamat protocol internet, butir-butir sosial media, pilihan kandungan, butir-butir akaun bank, gambar-gambar dan imej-imej, rakaman-rakaman, dan sebarang maklumat dan/atau penyataan pendapat yang mungkin mengenal pasti anda yang telah atau mungkin akan dipungut, disimpan, diguna dan Diproses oleh SA atau pekerja, pemegang amanah harta, pihak-pihak berkaitan, syarikat bersekutu, syarikat-syarikat berkaitan, ejen-ejen, kontraktor bebas, dan pihak ketiga yang SA mungkin berkaitan dengan dari masa ke semasa, dan sebarang maklumat dan/atau pernyataan pendapat lainan yang boleh mengenal pasti anda yang anda telah berikan kepada SA dan/atau adalah bersampingan dari Data Peribadi tersebut.

“Proses”, “Diproses” atau “Pemprosesan” bermaksud pengumpulan, penggunaan, penrakaman, penyimpanan, pengekalan, penzahiran, dan operasi atau set operasi yang berlainan yang telah dihuraikan dalam PDPA.

Persetujuan/Keizinan/Kebenaran

Dengan menggunakan khidmat SA atau dengan berinteraksi dengan SA sama ada di tempat perniagaan kami, acara-acara kami atau selainnya, atau menggunakan laman web SA (“Laman Web”) dan/atau dengan menggunakan laman Facebook kami, anda bersetuju/memberi keizinan/memberi kebenaran kepada Pemprosesan Data Peribadi anda oleh SA dan segala orang yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan oleh SA.

Pengumpulan Data Peribadi

Selain Data Peribadi yang anda berikan kepada SA secara langsung (iaitu, semasa anda berkomunikasi dan berhubungan dengan SA, atau apabila anda memesan SA untuk menyediakan perkhidmatan dan selainnya), SA mungkin juga mengumpul Data Peribadi daripada pelbagai sumber termasuk, tetapi tidak terhad kepada yang berikut:

  1. Dari lawatan atau kemasukan ke tempat perniagaan kami; dan/atau
  2. Dari pendaftaran atau kehadiran dalam sebarang acara atau selainnya yang dianjurkan atau ditaja oleh SA, sama ada tunggal atau bersekutu atau perkongsian dengan mana-mana pihak ketiga; dan/atau
  3. Orang yang telah dilantik oleh anda dan SA diberi kuasa untuk berkomunikasi dengan seperti wakil atau penghubung dan hubungan kecemasan;
  4. Dari pihak berkuasa dan pihak berkuasa kerajaan dan badan-badan berkanun; dan/atau
  5. Maklumat yang boleh didapati secara umum daripada platform seperti, tetapi tidak terhad kepada alat carian ‘online’ seperti Google, Twitter dan LinkedIn; dan/atau
  6. Dari sumber-sumber lain seperti mana anda telah memberi persetujuan dan kebenaran anda.
  7. dari “cookies” yang digunakan di Laman Web dan/atau dari laman Facebook SA.

Pemberian Data Peribadi adalah secara sukarela. Walau bagaimanapun, jika anda tidak memberikan Data Peribadi anda, SA mungkin tidak dapat: (a) berkomunikasi dengan anda; (b) menyediakan kepada anda perkhidmatan yang anda mungkin memerlukan; atau (c) menyediakan akses kepada bahagian-bahagian Laman Web yang tertentu.

SA menggunakan “cookies” di Laman Web untuk mengesan pengunjung ke Laman Web SA. Kebanyakan pelayar web telah direka untuk menerima “cookies”. “Cookies” adalah fail data kecil yang mengandungi maklumat yang anda telah bekalkan seperti pilihan keutamaan bahasa dan rantau yang akan membantu meningkatkan pengalaman dan navigasi anda di dalam Laman Web SA, dan dapat membolehkan semua ciri (contohnya, ciri-ciri seperti, tetapi tidak terhad kepada, video flash dan pilihan keutamaan kandungan, bahasa dan rantau) di Laman Web SA untuk fungsi sepenuhnya. Jika anda tidak mahu menerima sebarang “cookies”, anda boleh menetapkan pelayar web anda untuk menolaknya.

Walau bagaimanapun, jika anda tidak menberikan Data Peribadi anda, di mana penting, atau menolak “cookies”, SA mungkin tidak dapat: (a) berkomunikasi dengan anda; (b) menyediakan kepada anda perkhidmatan dan kemudahan yang anda mungkin memerlukan; atau (c) membolehkan semua ciri di Laman Web SA untuk berfungsi sepenuhnya (sebagai contoh, tetapi tidak terhad kepada, membolehkan video flash dimainkan, pastikan anda tidak perlu memasukki pilihan keutamaan kandungan, bahasa dan rantau setiap kali anda melawati atau ,melayari Laman Web SA).
Apabila anda melawati Laman Web, SA mungkin akan merekod maklumat tertentu yang berkaitan dengan lawatan anda seperti yang berikut:

  1. protokol internet atau alamat protocal internet proksi server anda;
  2. maklumat domain asas;
  3. pembekal perkhidmatan internet anda;
  4. tarikh dan masa lawatan anda ke Laman Web SA;
  5. tempoh sesi anda;
  6. halaman yang anda telah diakses;
  7. kekerapan anda mengakses Laman Web SA dalam mana-mana bulan;
  8. saiz fail yang anda melihat;
  9. Laman Web lain yang merujuk anda ke Laman Web SA; dan
  10. System operasi komputer anda.

Terdapat pelbagai halaman dalam Laman Web SA yang mungkin akan menjemput anda untuk memberi SA nama dan butiran hubungan anda.

SA juga mengumpul maklumat daripada orang yang menggunakan Laman Web SA, untuk menghantar berita, maklumat tentang aktiviti SA dan kemas kini dalam bidang undang-undang yang SA percaya mungkin berguna kepada anda atau SA; untuk memantau siapa yang mengakses Laman Web SA dan untuk profil jenis orang yang mengakses Laman Web SA.
Sila ambil perhatian bahawa kanak-kanak di bawah umur (“Kanak”) 18 tahun hendaklah diiringi oleh ibu bapa, penjaga menurut undang-undang dan/atau wakil yang berkaitan semasa melawati atau melayari Laman Web SA dan/atau apabila menggunakan perkhidmatan yang terdapat di Laman Web SA. Jika ibu bapa, penjaga menurut undang-undang dan/atau wakil yang berkaitan telah memberi kebenaran kepada Kanak untuk melawati atau melayari Laman Web SA dan/atau menggunakan mana-mana perkhidmatan yang terdapat di dalamnya, ibu bapa, penjaga menurut undang-undang dan/atau wakil yang berkaitan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya untuk: (a) kelakuan ‘online’ Kanak, (b) pengendalian akses dan penggunaan Kanak dalam Laman Web SA dan perkhidmatan yang terkandung di dalamnya, dan (c) akibat daripada sebarang penyalahgunaan oleh Kanak.

Tujuan Pemprosesan

SA mungkin Proses Data Peribadi untuk tujuan-tujuan yang berkaitan dengan perkhidmatan yang anda minta dan untuk aktiviti-aktiviti perniagaan am SA termasuk, tetapi tidak terhad kepada yang berikut:

  1. Untuk berkomunikasi dengan anda dan mana-mana orang lain yang dikehendaki bagi tujuan dan maksud yang berkaitan dengannya itu;
  2. Untuk menghubungi orang yang anda telah berikan Data Peribadi, seperti wakil atau perhubungan dan/atau hubungan kecemasan;
  3. Untuk menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan oleh SA atas kehendak anda
  4. Untuk bertindak balas kepada soalan-soalan, komen dan aduan dan secara amnya menyelesaikan pertikaian, jika ada;
  5. Untuk menaawarkan anda peluang semasa dan masa depan, berita, kemas kini dan maklumat terkini dalam bidang undang-undang dan industri yang berkaitan;
  6. Untuk membolehkan semua ciri di Laman Web SA berfungsi sepenuhnya;
  7. Bagi tujuan pengesahan pengenalan;
  8. Untuk tujuan rekod dan pentadbiran umum;
  9. Untuk menjalankan penyiasatan dan prosiding tatatertib;
  10. Untuk memberi maklumat kepada pihak berkuasa kawal selia dan kerajaan bagi mematuhi undang-undang dan syarat-syarat kerajaan;
  11. Untuk pematuhan dengan undang-undang dan tujuan lain yang dikehendaki atau dibenarkan oleh mana-mana undang-undang, peraturan-peraturan, garis panduan, pekeliling, dan/atau pihak berkuasa yang berkenaan;
  12. Bagi tujuan prosiding undang-undang atau bakal prosiding undang-undang;
  13. Untuk menubuhkan, menjalankan, melindungi dan mempertahankan hak-hak undang-undang SA;

dan anda bersetuju dan membenarkan Pemprosesan Data Peribadi anda mengikut cara yang dikenal pasti dalam Notis ini.

Tujuan Lain

SA juga mungkin akan Proses Data Peribadi anda untuk tujuan lain seperti:-

  1. untuk menghantar bahan-bahan berkenaan dengan perkhidmatan dan kemudahan SA seperti surat berita, artikel, laporan bertulis dan kemas kini yang berlainan berkenaan dengan perkhidmatan SA;
  2. bagi tujuan pemulihan bencana; dan
  3. untuk mengedarkan maklumat atau butir-butir yang berkaitan dengan acara, pameran, seminar, persidangan,dan perbincangan yang mungkin menarik minat anda,

melalui e-mel atau mel fizikal yang termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pos berdaftar dan poskad

Sila yakin bahawa SA akan meminta kebenaran anda sebelum Data Peribadi anda Diproses untuk tujuan selain daripada yang dinyatakan dalam Notis ini, undang-undang, dan terma-terma dalam perjanjian-perjanjian yang anda ada dengan SA, jika ada.

Jika anda tidak bersetuju dan memberi kuasa kepada SA untuk Proses Data Peribadi anda bagi tujuan-tujuan yang disenaraikan di atas, sila memaklumkan kepada SA dengan menggunakan butiran hubungan yang dinyatakan di bawah.

Penzahiran Data Peribadi Anda

Oleh sebab kemudahan simpanan teknologi maklumat dan ‘server’ SA, mungkin terletak dalam bidang kuasa lain, Data Peribadi anda mungkin dipindahkan, disimpan, digunakan dan Diproseskan dalam bidang kuasa selain Malaysia. Selanjutnya, Data Peribadi anda mungkin dipindahkan keluar dari Malaysia untuk tujuan yang dinyatakan di atas. Anda memahami, bersetuju dan membenarkan pemindahan Data Peribadi anda ke luar Malaysia sebagaimana yang dinyatakan dalam Notis ini.

Pendedahan kepada Pihak Ketiga

SA mungkin akan melibatkan syarikat-syarikat yang lain, pembekal perkhidmatan atau individu untuk melaksanakan tugas bagi pihak SA, oleh itu SA mungkin akan memberi akses atau mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga seperti yang disenaraikan di bawah (tidak terhad):-

  1. rakan niaga yang lain, industry bersekutu, pembekal perkhidmatan, penasihat profesional atau individu untuk melaksanakan fungsi SA, termasuk, tetapi tidak terhad kepada agen, kontraktor, sub-kontraktor, perunding dan pembekal perkhidmatan yang memberi nasihat, perakaunan, pengauditan, perkhidmatan undang-undang, teknologi maklumat, kemasukan data, kemudahan penyimpanan, perkhidmatan keselamatan dan/atau insurans;
  2. pihak berkuasa dan pihak berkuasa kerajaan bagi mematuhi keperluan undang-undang dan kerajaan;
  3. pihak-pihak tertentu yang SA diperintahkan atau diarahkan untuk menzahirkan menurut suatu perintah mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa, sama ada kerajaan atau separa-kerajaan yang mempunyai bidang kuasa ke atas SA; dan
  4. pihak ketiga yang diberi kuasa oleh anda.

Notis ini hanya terpakai untuk Pemprosesan Data Peribadi oleh SA bagi tujuan yang dinyatakan dalam Notis ini. Ia tidak meliputi (a) Pemprosesan Data Peribadi oleh SA bagi tujuan berlainan yang tidak dinyatakan dalam Notis ini, (b) dasar privasi dan kelakuan mana-mana pihak ketiga, walaupun pihak ketiga berkaitan dengan SA, dan (c) laman web pihak ketiga yang SA menyediakan pautan, walaupun laman web tersebut dijenamakan bersama dengan logo SA.

SA tidak akan mengkongsikan Data Peribadi anda dengan laman web pihak ketiga. SA tidak bertanggungjawab untuk amalan privasi dan kelakuan laman web pihak ketiga atau laman web lain yang anda mungkin telah diarahkan oleh Laman Web SA. Anda harus membaca dasar privasi laman web pihak ketiga tersebut sebelum mendedahkan Data Peribadi anda kepada laman web pihak ketiga tersebut.

SA tidak mengkongsi atau menjual Data Peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga tanpa persetujuan dan kebenaran anda. SA tidak boleh bertanggungjawab atau akan bertanggungjawab untuk kelakuan mana-mana pihak ketiga yang anda mungkin telah diarahkan dan/atau memberi Data Peribadi kepadanya. Anda harus membaca dasar privasi pihak ketiga tersebut sebelum mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga tersebut

Permintaan dan Pertanyaan Akses & Pembetulan

Pemberian Data Peribadi anda adalah secara sukarela. Tertakluk kepada sebarang pengecualian di bawah undang-undang, anda boleh pada bila-bila masa meminta untuk (a) akses kepada Data Peribadi anda, (b) pembetulan Data Peribadi anda, (c) menghadkan Pemprosesan Data Peribadi anda, (d) menarik balik persetujuan anda untuk Memproses Data peribadi anda, dan (e) mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi yang berikut: –

Jessie Tan Shin Ee
Alamat: Suite B-11-6, Level 11,
Wisma Pantai, Plaza Pantai,
No. 5 Jalan 4/83A, Off Jalan Pantai Baru,
59200 Kuala Lumpur,
Malaysia.
Nombor Telefon: +603-2201 5584
Nombor Faks: +603-2201 9686

Berkenaan dengan hak anda untuk mengakses dan/atau membetulkan Data Peribadi anda, SA berhak untuk menolak permohonan anda untuk mengakses dan/atau membuat sebarang pembetulan terhadap Data Peribadi atas alasan-alasan yang dibenarkan di bawah undang-undang berkenaan, seperti apabila perbelanjaan menyediakan akses kepada anda adalah tidak seimbang dengan risiko kepada privasi anda, dan/atau apabila SA tidak dapat mengesahkan identiti anda atau ketepatan pembetulan atas Data Peribadi yang diberikan oleh anda.

Kewajipan Anda Berkenaan dengan Data Peribadi Anda

Anda mewakili dan menjamin bahawa semua Data Peribadi yang diberi kepada SA adalah benar, lengkap dan tepat. Sekiranya anda memberi Data Peribadi pihak ketiga (seperti wakil atau perhubungan, hubungan kecemasan, atau selainnya) kepada SA, anda mewakili dan menjamin bahawa (a) semua kebenaran dan persetujuan yang diperlukan dari pihak ketiga itu telah diperolehi, (b) anda akan terus mengekalkan persetujuan dan kebenaran tersebut, dan (c) anda telah menunjuk Notis ini kepada pihak ketiga tersebut.

Anda hendaklah dengan segera memaklumkan kepada SA sebarang perubahan pada Data Peribadi yang anda telah berikan kepada SA setakat yang diperlukan untuk membolehkan SA kekal mematuhi undang-undang berkenaan termasuklah PDPA. SA akan menggunakan usaha yang munasabah tetapi tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan kemas kini daripada anda pada secara berkala yang tetap.

Bagi mengelakkan sebarang keraguan, anda bersetuju bahawa SA tidak bertanggungjawab untuk sebarang kos, ganti rugi, denda, kerugian, liabiliti dan/atau penalti yang anda dan/atau pihak ketiga (termasuk tetapi tidak terhad kepada suatu pihak berkuasa yang kompeten atau individu) telah ditanggungi atau dialami, sama ada secara langsung atau tidak langsung, daripada pelanggaran mana-mana terma, syarat, representasi, waranti, dan/atau obligasi yang dinyatakan dalam Notis ini oleh anda dan/atau oleh sesiapa yang bertindak bagi pihak anda, arahan, dan/atau pengesahan anda tersebut.

Anda selanjutnya bersetuju untuk menanggung rugi dan mempertahankan SA terhadap sebarang tindakan, tuntutan dan/atau permintaan yang dibawa terhadap SA oleh mana-mana pihak ketiga (termasuk tetapi tidak terhad kepada pihak suatu pihak berkuasa yang kompeten atau individu) dan sebarang kos, ganti rugi, denda, kerugian, liabiliti dan/atau penalti (termasuk tetapi tidak terhad kepada kos guaman) yang SA mungkin dikenakan atau ditanggung, hasilnya, sama ada secara langsung atau tidak langsung, daripada pelanggaran mana-mana terma, syarat, perwakilan, waranti, dan/atau obligasi yang diperincikan dalam Notis ini sendiri dan/atau oleh sesiapa yang bertindak bagi pihak anda, arahan, dan/atau pengesahan anda tersebut, terutamanya di mana SA telah diberi Data Peribadi yang palsu, tidak lengkap atau tidak tepat, kegagalan anda untuk memaklumkan kepada SA sebarang perubahan pada Data Peribadi, dan/atau persetujuan dan kebenaran yang diperlukan tidak diperolehi atau dikekalkan daripada pihak ketiga yang berkaitan.

Walau apa pun yang terkandung di sini, liabiliti SA (jika ada) hendaklah dihadkan kepada setakat sepenuhnya yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan. Dalam apa keadaan pun SA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang ganti rugi yang berbangkit, bersampingan, tidak langsung, punitif atau khas, atau kehilangan keuntungan, kehilangan keuntungan yang dijangkakan, data, perniagaan atau nama baik, tidak kira sama ada sebarang liabiliti (jika ada) adalah berdasarkan kepada pelanggaran kontrak, tort, liabiliti ketat, atau selainnya, dan walaupun SA telah diberitahu atau dimaklumkan tentang kemungkinan tersebut.

Umum

SA menggunakan usaha yang munasabah dari segi komersil untuk mengekalkan integriti dan keselamatan Data Peribadi anda dan tidak akan dengan sengaja membenarkan akses ke Data Peribadi anda kepada sesiapa di luar SA, selain daripada anda atau seperti yang diterangkan dalam Notis ini. Walau bagaimanapun, SA tidak dapat memastikan atau menjamin keselamatan maklumat yang anda hantar ke SA dan anda menghantar maklumat tersebut pada risiko anda sendiri sepenuhnya. Khususnya, SA tidak menjamin bahawa maklumat tersebut tidak boleh diakses, diubah, dikumpul, disalin, dimusnahkan, dilupuskan, dizahirkan atau diubahsuai oleh pelanggaran mana-mana perlindungan fizikal, teknikal atau pengurusan di SA.
SA hanya menyimpan Data Peribadi selagi ia diperlukan untuk mencapai tujuan yang dinyatakan dalam Notis ini dan sentiasa tertakluk kepada undang-undang berkenaan termasuk PDPA, terma dan syarat yang dinyatakan dalam perjanjian anda dengan SA (jika ada) bagi tempoh hubungan anda dengan SA, dan untuk tempoh sebagaimana yang perlu untuk melindungi kepentingan SA.
Laman Web SA tidak mensasarkan dan tidak bertujuan untuk menarik minat Kanak. SA tidak akan dengan sengajanya memperoleh maklumat peribadi daripada Kanak atau membuat permintaan kepada mereka untuk Data Peribadi.
Notis ini ditadbir dan ditafsir mengikut undang-undang Malaysia. Anda dengan ini menyerah kepada bidang kuasa mahkamah Malaysia yang tidak eksklusif.